Friday , 20 September 2024
Home Politik Ramasamy Dilantik Pengerusi MIC Perak Ganti Elango
Politik

Ramasamy Dilantik Pengerusi MIC Perak Ganti Elango

Ramasamy Dilantik Pengerusi MIC Perak Ganti Elango

fb Malaysian Indian Congress

SUNGAI SIPUT, 10 Ogos (Livevartha) –Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak menggantikan Datuk V.Elango bagi penggal 2024-2027.

Timbalan Presiden MICDatuk Seri M.Saravanan berkataRamasamy bukanwatak baharu dalam parti itu malah berpengalaman luas dalam arena politik di Perak termasuk pernah menyandang jawatanpengerusi sewaktu era kepimpinan bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.

“Saya rasa pelantikan ini akan menguatkan lagi sokongan ahli parti dan pada masa yang sama dapat menarik sokongan ahli baharu terutama dalam kalanganbelia bagimenyokong parti ini.

“Bagi Datuk Elango pula,kita akan beri satu tugas penting kepada beliau dan ia lebih membabitkan bidang kuasa parti di peringkat pusat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Konvensyen MIC Perak 2024 di Pusat Konvensyen Tun S. Samy Vellu di sini hari ini.

Terdahulu, Ramasamy menerima watikah pelantikan daripada Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswarandalam konvensyen yang dihadiri lebih500 perwakilan dan ahli parti itu.

Sementara itu, Saravanan berkata MIC menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlandaskan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mahu kestabilan negara diperkukuhkantanpadiganggu gugat oleh mainan politik pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata titahberkenaan akan dijadikan sebagai dokongan bagi memastikan MIC kekal relevan dalam membela nasib kaum India di negara ini.

“Kita akui buat masa ini, MIC berdepan cabaranpenuh liku dalam memastikan parti ini terus relevan dan menjadi pilihan untuk membela nasib kaum India. Jadi, dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu kerajaan ini terus stabil, kami dengan rela hati menyokong penuh kerajaandemi memastikan tiada sebarang polemik politik berlaku,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...