Home Nasional Dua pelajar kolej maut, dilanggar pemandu mabuk
Nasional

Dua pelajar kolej maut, dilanggar pemandu mabuk

Dua pelajar kolej maut, dilanggar pemandu mabuk

Keadaan kenderaan pacuan empat roda mangsa yang dilanggar kereta dinaiki lelaki mabuk hari ini/PDRM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Dua pelajar kolej lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta mewah dari arah bertentangan dalam kemalangan di Jalan Cheras di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku pada pukul6.43 pagi apabila kereta dipandu seorang lelaki, 23, dipercayai terbabas sebelum melanggar kenderaan dinaiki mangsa serta lima kenderaan lain dari arah bertentangan.

\”Ekoran kemalangan itu, dua penumpang (pacuan empat roda), masing-masing berusia 22 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami, manakala rakan mereka iaitu pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan,\” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kereta mewah terbabit memandu bawah pengaruh alkohol dan ditahan polis untuk disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....