Home Nasional Kerajaan terbuka bincang peruntukan tambahan kepada Sabah – PM
Nasional

Kerajaan terbuka bincang peruntukan tambahan kepada Sabah – PM

Kerajaan terbuka bincang peruntukan tambahan kepada Sabah – PM

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Kerajaan bersikap terbuka untuk berbincang mengenai peruntukan tambahan kepada negeri Sabah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, isu peruntukan itu tidak seharusnya dipolitikkan, sebaliknya dibincang secara berhemah.

Jelasnya, peruntukan RM16 bilion kepada Sabah yang diumumkan beliau pada Pesta Kaamatan, 31 Mei lalu, adalah peruntukan keseluruhan dan bukan hanya pembangunan.

\”Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ini mantan menteri, (bekas) Timbalan Speaker (Dewan Rakyat), bacalah… apa yang tak fahamnya.

\”Kalau hendak minta (peruntukan) lagi, bincang secara elok… saya sudah terangkan,\” katanya kepada pemberita di Medan Selera Tanglin, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ronald yang menyifatkan kenyataan Anwar sebagai mengelirukan mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

Anwar berkata, beliau terbuka menerima segala teguran, malah kerajaan sekarang sudah melaksanakan pelbagai perkara di Sabah.

\”Jangan jadi politik picisan, cuba meraih… padahal masa ada kuasa dulu, kamu diam, kamu ikut sahaja.

\”Mana dia MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) masa kamu berkuasa? Sekarang kita bincang, laksanakan sebanyaknya, kuasa, tenaga, pendidikan, kesihatan, tambahan peruntukan, semua sekarang… saya nak tanya masa dia berkuasa, dia buat apa?\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....