Monday , 25 November 2024
Home Politik Calon DUN Mahkota: PH Belum Buat Ketetapan, Majlis Presiden Mesyuarat Petang Ini
Politik

Calon DUN Mahkota: PH Belum Buat Ketetapan, Majlis Presiden Mesyuarat Petang Ini

Calon DUN Mahkota: PH Belum Buat Ketetapan, Majlis Presiden Mesyuarat Petang Ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Program Sua Mesra Bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Millenium hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KEPALA BATAS, 9 Ogos (Livevartha) –Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum membuat sebarang ketetapan berhubung parti yang akanbertanding mewakili parti gabungan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama parti komponen PH petang ini di Putrajaya bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Beliau berkata perkara seperti parti yang akan menghantar calonseharusnya diuruskan menerusi mekanisma dalaman dan bukannya secara terbuka.

"Kami akan adakan pertemuan dan perbincangan, daripada perbincangan itu, barulah kami akan angkat satu ketetapan. Itu prosesnya dan biasanya ia tidak berlaku dengan mana-mana pimpinan di peringkat bawahan yang memberikan pandangan secara terbuka. Ia diurus melalui mekanisme dalaman.

"Misalnya petang nanti pukul 4, saya,Presiden Amanah (Datuk Seri Mohamad Sabu), Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) dan Perdana Menteri akan adakan pertemuan dan walaupun belum jelas apakah isu ini akan dibincangkan,tapi saya yakin perkara ini (perbincangan calon DUN Mahkota) boleh kita angkat dengan menggunakan saluran parti,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri di Dewan Millenium, di sini hari ini.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PH selepas Amanah Kawasan Kluang, Johor mahu parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota nanti.

Ketua Amanah KluangDr Mohd Zuhan Mohd Zain sebelum ini dilaporkan berkata Amanah pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan turut bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.

Kerusi DUN Mahkota kosong berikutan kematian penyandangnya DatukSyarifah Azizah Syed Zain daripada UMNO dan pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah Azizah menang kerusi DUN Mahkota mewakili Barisan Nasional (BN) dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti 5,166 undi.

Sementara itu, Saifuddin Nasution meminta jentera parti untuk fokus pada PRK DUN Nenggiri dan tidak melayan desakan PAS yang mempersoalkan tindakanDAP yang tidak turun berkempen di situ.

Beliau berkata jentera parti perlu terus berkempen supaya dapat memenangkan calon BNMohd Azmawi Fikriyang bertanding di situ memandangkan berbakibeberapa hari sebelum tamat tempoh berkempen untuk PRK DUN Nenggiri.

Pengundian PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antaraMohd Azmawi yang mewakili parti gabungan Kerajaan Perpaduandan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Junselepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naimdigugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...