Monday , 25 November 2024
Home Politik Gagasan Rakyat Dianggotai Hampir 300,000 Ahli – Hajiji
Politik

Gagasan Rakyat Dianggotai Hampir 300,000 Ahli – Hajiji

Gagasan Rakyat Dianggotai Hampir 300,000 Ahli – Hajiji

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika keluar dari bilik mesyuarat selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Negeri Sabah (PGRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

KOTA KINABALU, 9 Ogos (Livevartha) — Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kini dianggotai hampir 300,000 ahli dan dijangkameningkat menjelang perhimpunan agung parti berkenaan pada November ini, kata Presidennya Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah sehubungan itu memintasemua bahagian dan cawangan parti berkenaanuntuk terus mempergiatusaha menambah ahli baharu.

“Hal ini penting supayaGagasan Rakyat terus kuat dan kekal relevan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan bertujuan membincangkan persediaan untuk mengadakan mesyuarat peringkat bahagian parti berkenaan.

“Mesyuarat bahagian akan bermula pada 17 Ogos ini hingga akhir September.Kita harap mesyuarat ini berjalan lancar dan kita mahu semua bahagian menyempurnakan mesyuarat masing-masing kerana mesyuarat cawangan telah pun kita telah adakan sebelum ini,” katanya.

Menjawab pertanyaan pemberitatentang langkahmenjalin kerjasama dengan parti lain,Hajiji berkata Gagasan Rakyatakan terus bekerjasama dengan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Kita ada banyak parti dalam kerajaan kini dan apa yang kita mahu adalah kerjasama untuk perpaduan rakyat dan memajukan negeri ini. Jangan kita gaduh-gaduh, mari bersama-sama membangunkan Sabah,” katanya.

Mengenai kemungkinan bekerjasama dengan UMNO,Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata dalam politik tiada perkara yang mustahil dan GRSboleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi membangunkan Sabah untuk rakyatnya.

Selain Gagasan Rakyat, GRS turut dianggotaiParti Bersatu Sabah,Parti Solidariti Tanah Airku,Parti Maju Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Liberal Demokratik, Parti Harapan Rakyat Sabahdan Parti Cinta Sabah.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...