Friday , 20 September 2024
Home Pasaran CIMB Investment Semak Semula Unjuran KDNK Suku Kedua Malaysia Kepada Enam Peratus
Pasaran

CIMB Investment Semak Semula Unjuran KDNK Suku Kedua Malaysia Kepada Enam Peratus

CIMB Investment Semak Semula Unjuran KDNK Suku Kedua Malaysia Kepada Enam Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Ogos(Livevartha) –CIMB Investment Bank Bhd mungkin akan menyemak semula unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 (S22024) lebih tinggi kepada enam peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada anggaran awal 5.8 peratus.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan tersebut berkata berdasarkan prestasi kukuh sektor perkhidmatan dan pembuatan, anggaran itu akan menjadi kadar pengembangan terkuat negara sejak suku ketiga 2017, tidak termasuk tempoh pandemik COVID-19.

“Kami percaya ini mungkin menandakan prestasi tertinggi tahun ke tahun, walaupun momentum pertumbuhan dijangka kekal kukuh pada kadar melebihi lima peratus pada separuh kedua 2024.

“Ini disokong oleh aliran pelaburan yang kukuh, penggunaan swasta yang berdaya tahan di tengah-tengah pemindahan tunai dan kenaikan gaji penjawat awamserta pemulihan eksport yang berterusan,” katanya.

Sehubungan itu, CIMB berkata ia akan menilai semula unjuran pertumbuhan KDNK setahun penuhkepada 4.9 peratus selepas data KDNK suku kedua 2024 yang disemak diumumkan pada Jumaat minggu hadapan, memandangkan pemulihan yang kuat pada separuh pertama 2024 dan pemangkin pertumbuhan pada separuh kedua 2024.

Bank pelaburan itu berkata pertumbuhan KDNK bagi sektor perkhidmatan juga bersedia untuk mencatatkan pemulihan yang cemerlang, lebih tinggi daripada anggaran awal sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun.

Katanyapeningkatan dalam industri yang berorientasikan penggunaiaitu peruncitan, kenderaan bermotor, perkhidmatan makanan dan minuman, serta penginapanmenunjukkan perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan dibantu oleh sambutan Hari Raya.

Selain itu kadar pengangguran yang rendah, inflasi yang sederhanadan peningkatan ketibaan pelancongyang mencapai 2.1 juta orang pada bulan Mac, menghampiri purata 2019 iaitu sebanyak 2.2 juta orang turut membantu merangsang ekonomi.

" Mungkin terdapat limpahan positif ke atas penggunaan isi rumah melalui pengeluaran daripada Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang berjumlah RM7.8 bilion antara 12 Mei dan 24 Jun, memandangkan deposit individu hanya meningkat RM3 bilionatau 0.3 peratusantara April dan Jun, berbanding dengan purata peningkatan sebanyak 0.4 peratus dalam tempoh yang sama pada dekad yang lalu," tambahnya.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...