Home Ekonomi Solarvest Raih Lima Perjanjian Tenaga Hijau Berjumlah 59.98 Megawatt
Ekonomi

Solarvest Raih Lima Perjanjian Tenaga Hijau Berjumlah 59.98 Megawatt

Solarvest Raih Lima Perjanjian Tenaga Hijau Berjumlah 59.98 Megawatt

KUALA LUMPUR, 9 Ogos(Livevartha) –Solarvest Holdings Bhd menandatangani lima Perjanjian Tenaga Hijau Korporat (CGPA) yang berasingan dengan Bursa Malaysia Bhd, Micron Technology, dua pengeluar semikonduktor terkemuka globaldan penyedia perkhidmatan pusat data global terkemuka (dirujuk sebagai pengguna korporat) di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP).

Dalam satu kenyataan hari ini, Solarvest berkata perjanjian-perjanjian itu diwujudkan melalui dua usaha sama, iaituantara Savelite Engineering Sdn Bhd dan TNB Renewables Sdn Bhddan satu lagi khususnya dengan TNB Renewables.

Di bawah CGPA ini, Solarvest dan rakan kongsi yang jugapengeluar tenaga solar (SPP), akan mengambil alih pemilikan dan tanggungjawab pembangunan untuk dua loji tenaga solar di Lumut, Perak dan Kulim, Kedah.

CGPA yang ditandatanganidengan tempoh 21 tahun, akan memperkukuhkan aliran pendapatan berulang Solarvest daripada jualan elektrik yang dihasilkan dari loji-loji tenaga solar itu, tambahnya.

Sementara itu, Solarvest berkata para pengguna korporat secara kolektif akan mengambil kapasiti elektrik gabungan sebanyak 59.98 megawatt arus ulang alik (MWac) yang dihasilkan dariloji tenaga solar selama 21 tahun, dengan kontrak untuk mekanisme berbeza pada harga yang telah dipersetujui.

Dengan menyertai CGPP, pengguna korporat boleh mendapatkan Sijil Tenaga Boleh Baharu (RE)yang mengesahkan asal usul elektrik yang dibeliadalah daripada sumber RE dalam menyokong matlamat dan komitmen kelestarian mereka.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SolarvestDavis Chong Chun Shiongberkata CGPP menandakan satu langkah penting ke arah pasaran tenaga yang lebih terbuka dan kompetitif di Malaysia yang dipacu oleh prinsip permintaan dan penawaran.

CGPP merupakan komitmen kerajaan Malaysia untuk memajukan peralihan tenaga negara. Melalui model CGPA, CGPP menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat untuk mendapatkan tenaga elektrik boleh baharu secara maya, tanpa perlu memasang aset-aset fotovoltaik solar di premis mereka.

— Livevartha

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...