Home Ekonomi Kenanga jangka hasil bon Malaysia meningkat minggu depan
Ekonomi

Kenanga jangka hasil bon Malaysia meningkat minggu depan

Kenanga jangka hasil bon Malaysia meningkat minggu depan

Kenanga Investment Bank Bhd

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) –Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan hasil bon Malaysia meningkat minggu depan, didorong oleh kebimbangan yang berkurangan terhadap kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).

Kenanga dalam nota penyelidikan hari ini berkata unjuranpeningkatan itu adalah berdasarkanhasil kepada data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) lebih kukuh daripada jangkaan dan angka pekerjaan yang stabil.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM),IPPMalaysia meningkat sebanyak 5.0 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024, menunjukkan momentum positif selamaenam bulan berturut-turut terutamanya dipacupertumbuhan mampan dalam sektor pembuatan,

"Prospekkami akan terus disokong oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 yang akan datang terutamanya jika ia melebihi anggaran DoSM," kata Kenanga.

Ia berkatapeningkatan dalam data ekonomi AS termasuk angka perkhidmatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang kukuh dan penurunan kadarpengangguran telah membawa kepada hasil tempatan lebih tinggi, menunjukkan peralihan sederhana dalam selera risiko pelabur.

"Bagaimanapun, pasaran bon domestik terus menarik pelabur.Pelabur asing membeli sekuriti hutang Malaysia bernilai RM1.9 bilion minggu ini," katanya.

Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS)dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) menunjukkan pergerakan bercampur-campur minggu ini, antara -3.7 mata asas (bps) hingga 5.6 mata asas secara keseluruhanMGS 10 tahun meningkat sebanyak 5.3 mata asas kepada 3.762 peratus manakala GII 10 tahun meningkat sebanyak 5.6 mata asas kepada 3.778 peratus.

— Livevartha

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...