Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Peralihan kepada rangkaian dwi 5G berjalan lancar, meski TM masih belum muktamadkan perjanjian saham dengan DNB
Nasional

Peralihan kepada rangkaian dwi 5G berjalan lancar, meski TM masih belum muktamadkan perjanjian saham dengan DNB

Peralihan kepada rangkaian dwi 5G berjalan lancar, meski TM masih belum muktamadkan perjanjian saham dengan DNB

Menteri Digital Gobind Singh Deo, ditemui media selepas Persidangan Perbankan Malaysia (MBC) 2024 di ibu negara

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Telekom Malaysia masih belum menyempurnakan perjanjian berkaitan langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi peralihan kepada model rangkaian dwiborong (DWN) 5G.

Namun, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, tumpuan diberikan kepada prosesnya meskipun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.

\”DNB Itu adalah dalam proses, biar proses yang ditetapkan itu berjalan dulu dan apabila ada sebarang keputusan, kita akan umumkan dan akan adakan sidang akhbar untuk memaklumkan sebenarnya apakah perkembangan ada baharu,\”katanya.

Gobind berkata demikian ketika ditemui media selepas Persidangan Perbankan Malaysia (MBC) 2024 di ibu negara.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas sama ada Telekom Malaysia diberi had masa tertentu untuk menyempurnakan perjanjian berkenaan bersama Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) dan DNB.

\”Kita harap dapat melihat satu keputusan dalam masa terdekat and juga satu pengumuman berkaitan dengan siapa yang akan mendirikan rangkaian yang kedua dan bagaimana ianya akan berlaku dan dari situ bolehlah kita tonjolkan soalan berkenaan had masa dan sebagainya,\”katanya.

Telekom Malaysia dilaporkan perlu menyempurnakan perjanjian langganan sahamnya dengan kedua-dua pihak terbabit pada atau sebelum 21 Ogos, 2024.

Sebelum ini, empat pengendali rangkaian mudah alih telah mengumumkan bahawa SSA dengan DNB dan MKD telah dimuktamadkan selepas memenuhi semua terma dalam SSA bersyarat.

Empat pengendali berkenaan iaitu YTL Power International Bhd, CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd telah menandatangani SSA bersyarat itu pada 1 Disember 2023, untuk membuka laluan bagi peralihan kepada model DWN 5G.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...