Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Projek SJAM akan beroperasi sepenuhnya Oktober depan
Nasional

Projek SJAM akan beroperasi sepenuhnya Oktober depan

Projek SJAM akan beroperasi sepenuhnya Oktober depan

FOTO AIR SELANGOR

SHAH ALAM, 11 Julai- Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan Projek Skim Jaminan Air Mentah Selangor, SJAM beroperasi sepenuhnya menjelang Oktober tahun ini.

Setakat 20 Jun lalu, projek merangkumi empat pakej membabitkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa satu hingga tiga telah mencapai kemajuan sebanyak 89.54 peratus.

Menurut Exco Infrastruktur negeri Selangor, Ir Izham Hashim, kemajuan projek itu 1.6 peratus lebih rendah berbanding unjuran 91.16 peratus mengikut jadual asal.

\”Kerajaan negeri telah memaklumkan kontraktor bahawa tiada lagi kelulusan lanjutan masa akan dipertimbangkan sekiranya kelewatan tersebut jelas disebabkan oleh pihak kontraktor sendiri sebaliknya gantirugi tertentu pada kadar yang telah ditetapkan untuk tempoh sepanjang kerja-kerja tersebut tidak disiapkan akan dikenakan selaras dengan peruntukan yang telah dipersetujui,\”katanya.

Tambah Izaham, menerusi projek itu, pakej D mengalami kelewatan 6.23 peratus susulan penemuan paip utiliti milik Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan perlu dialihkan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze mengenai status terkini projek SJAM pada sidang dewan negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...