Home Nasional Dewan Rakyat lulus RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak
Nasional

Dewan Rakyat lulus RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak

Dewan Rakyat lulus RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak

Datuk Seri Azalina Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sesi pengulungan Rang Undang-Undang pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Rang Undang-Undang (RUU) Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan mengadakan peruntukan bagi kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang mempengerusikan persidangan berkata RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 15 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata objektif utama RUU berkenaan untuk mewujudkan peruntukan lebih baik berhubung keterangan saksi kanak-kanak.

“United Nations guidelines on justice in matters involving child victims and witnesses of crime turut menyatakan dengan jelas setiap kanak-kanak harus dianggap sebagai saksi berkebolehan dan keterangan mereka tidak boleh dianggap tidak sah atau tidak dipercayai oleh kerana usia kanak-kanak itu semata-mata,” katanya.

Justeru, beliau berkata pindaan berbangkit perlu dibuat kepada Akta Keterangan 1950, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Sumpah dan Ikrar 1949, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Angkatan Tentera 1972 untuk meniadakan peruntukan mengenai keterangan yang diberikan saksi kanak-kanak.

\”Sememangnya cadangan pindaan ini menggambarkan iltizam politik kerajaan MADANI ke arah terus mereformasikan undang-undang negara kita selaras dengan arus perkembangan semasa dan standard antarabangsa,\” katanya.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 turut diluluskan persidangan.

RUU itu antaranya bertujuan memberi pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada sarjan, kuasa menyita atau melarang urusan dalam apa-apa wang dipegang atau disyaki dipegang dalam mana-mana instrument pembayaran atau akaun di institusi kewangan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin. -BERNAMA

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...