Monday , 23 December 2024
Home Nasional Kekalkan keharmonian, perkukuh perpaduan – Pemangku Raja Perlis
Nasional

Kekalkan keharmonian, perkukuh perpaduan – Pemangku Raja Perlis

Kekalkan keharmonian, perkukuh perpaduan – Pemangku Raja Perlis

Foto RTM

PADANG BESAR, 12 Julai– Masyarakat diingatkan agar sentiasa menjaga keharmonian, menjunjung Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan peraturan serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Sikap bertoleransi, saling memaafkan, sentiasa menepati dan melaksanakan tanggungjawab serta santun hendaklah dibudayakan, selain aset utama paling bernilai yang perlu dipertahankan ialah perpaduan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perkara itu wajib dihormati kerana ia merupakan kunci keadilan dan penyatuan selain sumber keharmonian dan kesejahteraan hidup.

\”Setiap orang hendaklah mengetahui kebolehfungsian yang ada dalam dirinya dan disesuaikan dengan persekitaran sekeliling dalam usaha memberikan sumbangan dan usaha demi agama, bangsa dan negara serta mengutamakan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.\”

\”Nikmat hidup itu pada memberi dan sumbangkanlah sesuatu, walaupun kecil ia tetap menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan umat seluruhnya,\” titah baginda ketika merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitahkan agar agensi-agensi agama negeri untuk terus berusaha mempertingkatkan tahap profesionalisme dan menggiatkan usaha pembangunan kerohanian masyarakat sama ada berbentuk pengisian ilmu, pengimarahan masjid dan sebarang aktiviti seumpamanya.

Penghayatan peristiwa hijrah dalam sirah juga perlu diterapkan kepada ummah, bermula dengan pejabat kerajaan, masjid, surau, institusi pengajian tinggi, sekolah dan medium lain termasuk pusat pemulihan supaya penghijrahan minda, adab dan budaya warga Perlis terlaksana secara sekata dan bersepadu.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Datuk Wan Ariff Wan Hamzah yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...