Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Sarawak perluas pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV)
Nasional

Sarawak perluas pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV)

Sarawak perluas pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV)

Foto RTM

SERIAN, 12 Julai – Enam stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) sudah dan sedang dibina Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, ia sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan bakar hidrocarbon, seiring dengan hala tuju global menggalakkan penduduk menggunakan EV.

Stesen yang sudah beroperasi ialah di Darul Hana Petra Jaya, Kuching dan Daro.

Pembinaan turut melibatkan lokasi strategik di Pusa, Kapit, Sibu dan Miri bagi memudahkan pengguna EV.

“Akan ada pelan jangka masa panjang untuk menyediakan pusat pengecas EV, ia akan memudahkan pengguna dan kita bukan sahaja bercakap mengenai EV sahaja tetapi juga hidrogen.” Katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Peringkat Sarawak di sini.

Seramai 85 guru Kelab PALS seluruh negeri menyertai bengkel empat hari bermula 9 Julai hingga hari ini.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...