Friday , 20 September 2024
Home Nasional Ibu mangsa keropok beracun redha dengan ketentuan Ilahi
Nasional

Ibu mangsa keropok beracun redha dengan ketentuan Ilahi

Ibu mangsa keropok beracun redha dengan ketentuan Ilahi

Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal

GEORGETOWN, 12 Julai-\”Saya redha dengan apa yang berlaku dan saya berdoa supaya kedua-dua anak saya tenang di alam sana.\”

Itu luahan Nurain Hasnorizal, 25 tahun, ibu kepada dua kanak-kanak lelaki berusia 2 dan 3 tahun yang meninggal dunia selepas termakan keropok ringan yang mengandungi racun tikus.

Norain yang pasrah dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi berkata, doktor yang merawat Muhammad Luth Syauqi memaklumkan, organ dalaman anaknya termasuk otak tidak memberi sebarang tindak balas.

Malah doktor memaklumkan supaya bersedia dengan apa jua kemungkinan.

\”Tapi dari semalam memang air mata dia sahaja yang keluar.

\”Memang saya pesan dekat dia,ibu redha.Ikut abang pergi bermain dengan abang di sana (syurga).

\”Insya-Allah saya kena kuat\”, kata Nurain demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Hospital Pulau Pinang, petang tadi.

Menurut Norain, jenazah anak keduanya, Muhammad Luth Syauqi akan dikebumikan berdekatan pusara abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling.

Muhammad Luth Syauqi meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, kira-kira pukul 1.20 tengah hari tadi.

Manakala abangnya, Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia di hospital yang sama pada pagi Rabu lalu.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...