Friday , 20 September 2024
Home Nasional Malaysia sedia keluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun
Nasional

Malaysia sedia keluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun

Malaysia sedia keluarkan pasport tempoh sah laku 10 tahun

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ Foto Facebook saifuddin.nasution

KOTA KINABALU, 12 Julai-Malaysia bersedia untuk mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun.

Ketika ini, tempoh sah laku pasport Malaysia sehingga lima tahun sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu bukannya baharu kerana beberapa negara lain juga mengeluarkan pasport berkenaan.

Antaranya, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Perancis.

\’\’Adakah kita bersedia? Ya selepas kajian sudah sempurna.

\”Bila kita buat ketetapan kita ke arah itu, kita akan umumkan supaya rakyat ada pilihan\”, katanya yang ditemui media selepas merasmikan Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di Bangunan Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini

Menurut Saifuddin tarikh pelaksanaannya akan umumkan kemudian.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut memberitahu, pasport Malaysia berada di tempat ke-12 dalam ranking dunia.

Jelasnya, berdasarkan indeks pasport Henley 2024, pemegang pasport Malaysia boleh melakukan perjalanan tanpa visa di 183 buah negara pada masa ini.

\’\’Ini berpadukan indeks pasport Henley 2024 yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

\”Kita di peringkat Asia berada di kedudukan nombor lima selepas Singapura, Korea Selatan, Jepun\”, tambahnya.

Mengenai pelancaran Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Saifuddin berkata, ia merupakan pejabat pengeluar pasport ke-72 di seluruh negara dan yang pertama terletak dalam kawasan bangunan Lapangan terbang.

Pejabat berkenaan juga adalah yang ketujuh selepas Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu, Pejabat Imigesen UTC Kota Kinabalu, UTC Tawau, UTC Keningau, Pejabat Imigresen Sandakan dan Lahad Datu.

Tambah Saifuddin, kewujudan pejabat pengeluar pasport seumpama ini, membuktikan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang berurusan mendapatkan dokumen perjalanan.

\’\’Untuk peringkat awal, sementara penyesuaian kita.hanya menerima urusan permohonan pasport antarabngsa atau memperbaharui bagi urusan lain, kita akan menyusul kemudian.

\”Tentunya permohonan pasport terhad Brunei, dokumen perjalanan terhad,surat akuan pengenalan diri, permohonan dalam talian\”, kata Saifuddin.

Ujar Saifuddin, melalui kewujudan pejabat berkenaan, ia bakal memberi manfaat kepada komuniti berhampiran seperti Penampang, Putatan, Papar, Kota Kinabalu selain memberi banyak pilihan kepada rakyat.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...