Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional Belanjawan 2025 dibentang 18 Oktober ini
Nasional

Belanjawan 2025 dibentang 18 Oktober ini

Belanjawan 2025 dibentang 18 Oktober ini

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 12 Julai – Belanjawan 2025 akan dibentang di Dewan Rakyat, 18 Oktober ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua menteri untuk mengadakan sesi dialog bersama kementerian masing-masing dan semua pemegang taruh dalam sektor yang terlibat.

\”Perdana Menteri baru-baru ini telah mengadakan sesi dialog belanjawan dan mengarahkan semua menteri melaksanakan sesi dialog belanjawan bagi kementerian masing-masing yang melibatkan pemegang taruh dalam sektor di kementerian masing-masing,\” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri, di sini.

Belanjawan 2025 akan terus menumpukan aspek penanda aras disasarkan dalam kerangka Ekonomi MADANI termasuk bagi membolehkan Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia Tenggara.

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...