Friday , 20 September 2024
Home Nasional Jenazah Muhammad Luth Syauqi selamat dikebumikan berdekatan pusara abangnya
Nasional

Jenazah Muhammad Luth Syauqi selamat dikebumikan berdekatan pusara abangnya

Jenazah Muhammad Luth Syauqi selamat dikebumikan berdekatan pusara abangnya

Jenazah Muhammad Luth Syauqi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling, Kedah, tengah malam ini

BALING, 12 Julai – Jenazah kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas termakan keropok yang dicampur dengan racun tikus, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling, Kedah, tengah malam ini.

Muhammad Luth Syauqi, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada pukul 1.20 tengah hari tadi selepas lima hari berada dalam keadaan kritikal.

Terdahulu jenazah Muhammad Luth Syauqi dimandi dan dikafankan di bilik jenazah Hospital Pulau Pinang selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, hospital berkenaan lewat petang tadi.

Jenazah kemudian dibawa menaiki van jenazah terus ke Surau Lebai Ahmad, Kampung Banggol Berangan untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan bersebelahan untuk upacara pengebumian.

Turut mengiringi, ibunya, Norain Hasnorizal, 25 tahun, serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Jenazah Muhammad Luth Syauqi dikebumikan berdekatan pusara abangnya, Muhammad Akil Syauqi yang dikebumikan pada malam Khamis lalu.

Dalam kejadian 7 Julai lalu, kedua-dua mangsa kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus.

Keropok berkenaan dicampur dengan racun tikus oleh pekebun bagi memerangkap monyet yang sering berkeliaran dan merosakkan tanaman milik penduduk kampung.

BERITA BERKAITAN:

  • Jenazah Muhammad Akil Syauqi selamat dikebumikan
  • Seorang kanak-kanak kritikal termakan keropok mengandungi racun tikus meninggal dunia
  • Insiden termakan racun: Keluarga harap mangsa segera pulih
  • Dua kanak-kanak kritikal termakan keropok mengandungi racun tikus
  • Racun tikus: Polis ambil keterangan pemilik kebun, ahli keluarga mangsa

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...