Friday , 20 September 2024
Home Nasional Malaysia beri sumbangan tambahan AS$1 juta kepada UNRWA
Nasional

Malaysia beri sumbangan tambahan AS$1 juta kepada UNRWA

Malaysia beri sumbangan tambahan AS juta kepada UNRWA

Kanak-kanak Palestin berjalan di atas runtuhan, sebuah sekolah yang melindungi penduduk yang kehilangan tempat tinggal, di Khan Younis/ REUTERS

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Kerajaan Malaysia memberi sumbangan tambahan berjumlah AS$1 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, sumbangan bersifat sekali itu diumumkan semasa Persidangan Pemberian Sumbangan UNRWA yang diadakan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 12 Julai.

\”Jumlah ini adalah tambahan kepada komitmennegara untuk menyumbangkan USD200,000 setiap tahun dari 2021 hingga 2025.

\”Melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), Malaysia juga telah menyumbang kepada pelbagai inisiatif kemanusiaan termasuk pemberian bantuan perubatan, bantuan makanan, pengurusan sanitasi dan kebersihan air, penyaluran bekalan air bersih dan peningkatan kemudahan perubatan untuk rakyat Palestin,\” katanya.

Jumlah keseluruhan bantuan Malaysia kepada UNRWA termasuk sumbangan baharu itu adalah sebanyak USD5.2 juta.

Untuk rekod sehingga 28 Jun lalu, kerajaan Malaysia telah menerima sumbangan berjumlah RM98,828,028.83.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, RM34,992,378.10 disalurkan kepada pelbagai pertubuhan masyarakat sivil, badan bukan kerajaan dan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia bertekad menyokong UNRWA dan bersedia bekerjasama rapat dengan PBB dan pemegang taruh lain untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan secara berterusan kepada rakyat Palestin.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...