Home Nasional MCMC, PDRM bekerjasama menangani buli siber
Nasional

MCMC, PDRM bekerjasama menangani buli siber

MCMC, PDRM bekerjasama menangani buli siber

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM akan bekerjasama dalam menangani masalah buli siber termasuk meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, suruhanjaya itu menyambut baik pengumuman Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkenaan penelitian pindaan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, AktaKomunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta mempertimbangkan keperluan untuk menggubal atau mewujudkan akta baharu dalam menangani isu buli siber.

\”Pengumuman itu menghantar isyarat penting bahawa kerajaan komited dan serius dalam menangani masalah buli siber yang berlaku sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

\”Langkah itu juga akan membolehkan pihakberkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah sekali gus memberi pembelaan sewajarnyakepada mereka yang terkesan,\” katanya.

Bagaimanapun MCMC dan Kementerian Komunikasi juga merancang untuk menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan mesej dan modul cegah buli siber di seluruh negara bagi memastikan inisiatif itu berkesan dan memberi impak kepada rakyat.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...