Home Nasional Ops khas samseng jalanan di Pulau Pinang, 250 motosikal diperiksa – JSPT
Nasional

Ops khas samseng jalanan di Pulau Pinang, 250 motosikal diperiksa – JSPT

Ops khas samseng jalanan di Pulau Pinang, 250 motosikal diperiksa – JSPT

Foto RTM

BUTTERWORTH, 13 Julai– Sebanyak 250 motosikal diperiksa dalam Operasi Khas Bersepadu Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam.

Pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi tersebut seperti lesen memandu tamat tempoh, tiada cukai jalan dan perlindungan insuran serta gagalujian saringan air kencing.

Operasi bersepadu itu melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang dengan kerjasama JSPT Bukit Aman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Polis Bantuan Plus Berhad.

Operasi bermula pada pukul 1.30 pagi hingga pukul 10.00 pagi di Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dalam satu kenyataan berkata operasi berkenaan diadakan untuk memastikan para pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Tambahnya, pihak JAS turut mengeluarkan dua notis serta dua kompaun dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Sementara itu, AADK turut menahan sembilan individu yang positif ujian saringan air kencing manakala pihak JPJ mengeluarkan 245 notis pemeriksaan kenderaan bawah Seksyen 61 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987 dan menyita 20 buah motosikal.

Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta undang-undang.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...