Friday , 20 September 2024
Home Nasional Kementerian Pertahanan nafi proses pelaksanaan perolehan LCS pada tahap rendah
Nasional

Kementerian Pertahanan nafi proses pelaksanaan perolehan LCS pada tahap rendah

Kementerian Pertahanan nafi proses pelaksanaan perolehan LCS pada tahap rendah

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin/ Foto BERNAMA

MACHANG, 13 Julai- Kementerian Pertahanan menafikan laporan Jabatan Audit Negara berkenaan perkembangan proses pelaksanaan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) berada pada tahap rendah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hasil audit yang dikeluarkan itu bukan merujuk kepada hasil perolehan tahun ini atau tahun lalu sebaliknya merujuk kepada kapal yang tidak siap beberapa tahun lalu.

Pembinaan kapal itu tetap diteruskan sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan malah pihaknya telah meluncurkan kapal LCS pertama ke dalam air untuk ujian.

Beliau berkata, pembinaan itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan kementerian menjangkakan kapal pertama dapat disiapkan pada 2026 dan kerja memasang semua peralatan di dalam kapal tersebut akan dilakukan sehingga akhir tahun ini.

\”Soal laporan audit itu bukan merujuk kepada hasil audit tahun ini atau tahun lepas, ia beberapa tahun dahulu. Ia merujuk kepada kapal-kapal yang tak siap.

\”…dan seperti kita sedia maklum Kerajaan Perpaduan telah meneruskan pembinaan kapal-kapal LCS. Hari ini seperti yang kita sedia maklum kapal pertama telah kita luncurkan ke permukaan air,\” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di sini.

Sekiranya LCS gagal disiapkan pada tarikh yang ditetapkan maka ia akan menjejaskan lagi tahap kesiapsiagaan negara.

Terdahulu, media melaporkan semakan audit mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga 31 Disember 2022 adalah rendah berbanding sasaran 18 kapal ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Jumlah perolehan berkenaan jauh lebih rendah apabila empat kapal diterima atau 22.2 peratus dengan sembilan lagi dalam proses pelaksanaan perolehan daripada keseluruhan enam kapal tempur pesisir (LCS), 10 kapal misi pesisir (LMS) dan dua kapal sokongan pelbagai guna (MRSS).

Dalam perkembangan sama Mohamed Khaled turut memaklumkan bahawa negara baharu sahaja melakukan perolehan tiga kapal misi pesisir (LMS) yang baharu dari Türkiye.

Kapal tersebut dijangka akan dihantar pada Oktober, November dan Disember 2027.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...