Friday , 20 September 2024
Home Nasional NUTP sokong guru bermasalah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat
Nasional

NUTP sokong guru bermasalah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat

NUTP sokong guru bermasalah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat

Aminuddin Awang

BANGI, 13 Julai- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyokong langkah kerajaan untuk mengecualikan guru yang bermasalah disiplin dan cuai daripada mendapat kenaikan pangkat secara automatik atau \’time-based\’.

Perkara itu bagi memastikan kualiti guru dan produktiviti warga pendidik setanding dengan gred yang dipegang selain memastikan hanya guru yang benar-benar berkelayakan mendapat kenaikan pangkat.

Presiden NUTP Aminuddin Awang dalam menyokong pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara berkenaan.

\”Dalam keadaan sekarang pun \’time-based\’ kita berasaskan kecemerlangan, bukan automatik. Kita ada elemen penilaian oleh ketua jabatan, masa naik pangkat kita tengok kriteria kecemerlangan, daripada segi markah, penilaian prestasi.

\”Kita tidak mahu mereka yang tiada kualiti tiba-tiba naik pangkat, sama sebagaimana mereka yang berhempas pulas, jadi bagi memastikan aspek kecemerlangan pendidikan kita sokong pengumuman ini,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas NUTP di sini.

Terdahulu Anwar ketika merasmikan majlis itu berkata kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara \”time-based\”, namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dikecualikan.

Majlis itu trut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...