AYER KEROH, 13 Julai-Sebanyak 748,930 kekosongan jawatan diiklankan menerusi Portal MyFutureJobs sepanjang 2024 dan lebih 110,000 kekosongan masih aktif di iklankan di portal tersebut setakat hari ini.
Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, daripada jumlah itu, 78,109 kekosongan berjaya dipenuhi.
\”Kekosongan ada 16,000 tetapi 2400 kekosongan itu telah diisi angka ni tidak akan berhenti di situ. Dia akan berterusan sehingga kita dapat membantuseramai yang boleh untuk mencari pekerjaan.
\”Jadi 16,000 di Melaka sahaja kerana kena faham di di sini banyak kilang elektronik dan sebagainya.
\”Banyak orang tidak tahu dia lihat Melaka ini terkenal dengan tempat bersejarah dan syurga makanan. Tetapi dia lupa bahawa Melaka juga mempunyai industri yang menjadi nadi ekonomi negeri\”, katanya demikian selepas majlis perasmian Program Kerjaya Karnival Kerjaya MyFutureJobs Melaka Career Trans 2024 di MITC, Ayer Keroh yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Mengulas lanjut, lebih 3,000 peluang pekerjaan dengan hampir 40 majikan terlibat.