Home Nasional KPN bakal digitalisasi perkhidmatan jabatan seliaannya secara berfasa
Nasional

KPN bakal digitalisasi perkhidmatan jabatan seliaannya secara berfasa

KPN bakal digitalisasi perkhidmatan jabatan seliaannya secara berfasa

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud

TAIPING, 13 Julai-Kementerian Perpaduan Negara komited ke arah mendigitalisasikan perkhidmatan di kesemua fasiliti bawah seliaannya.

Usaha tersebut selaras untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mudah untuk diakses semua pihak.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata, penambahbaikan itu akan dilakukan secara berfasa mulai tahun hadapan melibatkan Muzium, Arkib dan Perpustakaan seluruh negara.

\”Kalau boleh pada masa depan budak-budak di rumah boleh tengok artifak di muzium.

\”Jadi kita nak digitalisasikan perkhidmatan yang disediakan oleh Muzium.

\”Sebenarnya,muzium sudah mula pendigitalan cuma untuk lebih agresif. Kalau dapat pada 2025 kita mulakan secara berfasa dan muzium akan pilih apa perkhidmatan akan didigitalkan\”, katanya pada sidang media Program Semarak@Muzium, \’Pameran Sundang: Seni dan Kuasa\’ di Muzium Taiping di sini.

Program berkenaan diadakan bertujuan mengembalikan nostalgia sejarah silam dan warisan budaya tradisional untuk pengetahuan masyarakat agar dapat menghargai jati diri dan identiti bangsa.

Diadakan dengan Kerjasama Yayasan Al-Amin, ia menghimpunkan 211 persenjataan jenis sundang yang wujud di Semenanjung Malaysia dan Sulawesi.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...