Home Nasional Rumah panjang Kampung Krusen Siu hampir musnah dalam kebakaran
Nasional

Rumah panjang Kampung Krusen Siu hampir musnah dalam kebakaran

Rumah panjang Kampung Krusen Siu hampir musnah dalam kebakaran

Foto RTM

SERIAN, 13 Julai-Sebuah rumah panjang di Kampung Krusen Siu, Jalan Tebakang di Serian hampir musnah sepenuhnya akibat kebakaran tengah hari tadi.

Menurut laporan pusat gerakan operasi bomba Sarawak, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian serta Siburan dikerahkan ke lokasi bersama dua jentera dan sebuah EMRS.

Kebakaran melibatkan rumah panjang dua tingkat struktur tidak kekal yang mempunyai lapan pintu dan terbakar 80 peratus.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dan kerja-kerja pemadaman selesai pukul 1.00 tengah hari.

Kesemua 43 penghuni rumah panjang tersebut dilaporkan selamat manakala punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.

Terdahulu pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 12.04 tengah hari.

Related Articles

Malaysia perkukuh peranan serantau melalui misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar
Nasional

Malaysia perkukuh peranan serantau melalui misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 April – Penghantaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas...

Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin
Nasional

Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin

FOTO IPD KUCHINGKUCHING, 12 April- Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di...

Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan
Nasional

Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan

Mesyuarat khas itu memberi fokus kepada isu-isu pembangunan negeri, perancangan infrastruktur serta...

TPM sempurnakan penutupan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 fasa kedua
Nasional

TPM sempurnakan penutupan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 fasa kedua

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Program...