Home Nasional Ewon mahu KUSKOP, PERNAS dan MFA bina sinergi padu
Nasional

Ewon mahu KUSKOP, PERNAS dan MFA bina sinergi padu

Ewon mahu KUSKOP, PERNAS dan MFA bina sinergi padu

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick

BANGKOK, 13 Julai-Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), PERNAS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) perlu membina sinergi padu bagi memperkasakan usahawan francais Malaysia.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ini penting bagi membantu syarikat-syarikat francais Malaysia meneroka peluang keusahawanan francais di dalam dan luar negara.

Beliau meminta MFA dan PERNAS bekerjasama padu dan saling melengkapi usaha membangunkan usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat francais negara termasuk penglibatan bersama dalam Pavilion Malaysia pada ekspo yang seterusnya.

Jelasnya lagi, KUSKOP akan menyediakan Dasar Keusahawanan Francais Negara selain menjadi pendaftar francais. Beliau yakin dengan sinergi yang lebih baik ini, ia dapat memperkasakan lagi pembangunan sektor francais negara dan mengembangkan produk serta perkhidmatan jenama francais negara ke pasaran antarabangsa.

Datuk Ewon berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di sini, pada Jumaat.

Beliau bersama delegasi Malaysia mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Bangkok Thailand yang berakhir hari ini (13 Julai) dalam Misi Perdagangan Francais Antarabangsa sempena Expo Thailand Franchise Business Opportunities 2024.

Ia bertujuan mempromosikan syarikat-syarikat francais jenama tempatan ke peringkat antarabangsa khususnya di Thailand yang mempunyai potensi pasaran besar dengan jumlah penduduk seramai 71.6 juta orang.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...