Home Nasional Labuan perlu pangkalan udara bomba
Nasional

Labuan perlu pangkalan udara bomba

Labuan perlu pangkalan udara bomba

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman

LABUAN,13 Julai-Pangkalan Udara Bomba perlu diwujudkan di Labuan memandangkan kawasannya yang strategik dan dikelilingi perairan yang berisiko tinggi.

Selain itu, Labuan juga terdedah kepada risiko kejadian bencana disebabkan pengoperasian minyak dan gas selain industri logistik dan perkapalan kata Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

Kemudahan itu juga akan memberi impak kepada Sabah sekiranya berlaku bencana alam memandangkan ketika ini hanya terdapat satu pasukan udara bomba sahaja di Malaysia Timur yang terletak di Miri.

\”Di Labuan kita sudah ada kemudahan kos dari segi pembinaan dan tanah tidak perlu sangat menjimatkan kerajaan.

\”Kalau di tempat lain mungkin kita perlu pengambilan tanah kita perlu bina bangunan. Di Labuan sudah ada boleh dikatakan kalau Perdana Menteri luluskan kita sudah boleh beroperasi secepat mungkin\”, katanya selepas merasmikan Program Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Aktiviti air peringkat Labuan di sini.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...