Home Nasional KKM perketatkan peraturan penjualan dan penggunaan racun tidak berdaftar
Nasional

KKM perketatkan peraturan penjualan dan penggunaan racun tidak berdaftar

KKM perketatkan peraturan penjualan dan penggunaan racun tidak berdaftar

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA PERLIS, 14 Julai-Kementerian Kesihatan Malaysia akan memperketatkan peraturan berkaitan penjualan dan penggunaan racun tidak berdaftar di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, penguat kuasa KKM akan memantau, mengenal pasti dan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap premis atau individu yang terlibat dengan pemilikan dan penjualan produk khususya melibatkan racun makhluk perosak tidak berdaftar.

Ini berikutan racun yang tidak berdaftar kebiasaannya mengandungi bahan kimia yang terlalu tinggi dan berbahaya bukan sahaja kepada pengguna itu sendiri malahan orang sekeliling.

Tindakan penguatkuasaan ini bukan sahaja melibatkan KKM semata-mata, tetapi juga agensi berkaitan.

\”Peraturan atau pun SOP itu perlu kita perketatkan daripada sudut penggunaan dan juga jualan. Itu sudah ada, tapi kita hendak menguatkuasakan peraturan itu.

\”Saya yakin itu sudah, dan kita juga akan melibatkan agensi-agensi yang lain juga. Itu adalah sangat penting bukan sahaja KKM tapi kita hendak kolaborasi agensi-agensi lain\”, katanya demikian pada Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau “BeBAs’’ di Komalaut 2, Kuala Perlis melibatkan 14 premis yang menjadi lokasi keempat pelaksanaan program ini sejak Februari lalu.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...