Wednesday , 16 April 2025
Home Nasional HPF 2024 platform keluarga Felda eratkan ukhuwah – Fahmi
Nasional

HPF 2024 platform keluarga Felda eratkan ukhuwah – Fahmi

HPF 2024 platform keluarga Felda eratkan ukhuwah – Fahmi

Fahmi Fadzil

SERDANG, 14 Julai- Hari Peneroka Felda 2024 (HPF 2024) adalah platform untuk keluarga Felda mengeratkan ukhuwah sesama mereka, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, acara besar seperti itu juga memberi peluang terutama kepada warga Felda untuk memanfaatkan apa yang ditawarkan sepanjang penganjuran HPF 2024.

\”Saya harap HPF 2024 dapat memberi satu pemahaman tentang ukhuwah serta silaturahim di antara semua skim dan rancangan Felda, jadi mereka dapat saling mengenali dan acara seperti ini saya harap dapat memberikan satu feel good vibe dalam kalangan keluarga besar Felda.

\”Contohnya tadi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada memaklumkan sejumlah dana yang boleh mereka peroleh dan ada banyak peluang yang mungkin mereka boleh dapatkan,\” katanya kepada pemberita di HPF 2024, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar.

HPF 2024 berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini dan acara kemuncak akan dirasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Fahmi turut mengajak orang ramai hadir memeriahkan HPF 2024 hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi yang jugaPengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) menepis dakwaan kononnya kerajaan enggan mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang oleh bekas ahli Bersatu kerana takut kalah dalam pilihan raya.

Tegas beliau, kerajaan ketika ini menghormati ketetapan yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atauAkta Antilompat Parti.

\”Ini bukan soal takut atau tidak takut. Ini soal Perlembagaan. Kalau kita teliti… sejumlah dari ahli parti tersebut telah dipecat.

\”Ahli Parlimen yang dipecat dalam parti itu bukan bermaksud mereka lompat parti. Sehingga ke hari ini kesemua ahli Parlimen tersebut tidak memasuki mana-mana parti… mereka sekarang telah menjadi (ahli Parlimen) bebas dan kekal menyokong Perdana Menteri,\”katanya.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kerusi terbabit tidak diisytiharkan kosong kerana Kerajaan Perpaduan takut berdepan kekalahan.

Muhyiddin berkata, disebabkan itu, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Partiyang diperjuang oleh mereka sendiri.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pertikaian di media sosial seperti TikTok ketika ini mengimbaskembali kenyataan Muhyiddin sewaktu perbahasan Akta Antilompat Partiyang jelas bercanggah dengan pendekatan beliau ketika ini.

\”Muhyiddin (ketika itu) menyatakan bahawa pemecatan tidak harus menjurus kepada pengosongan kerusi… kalau kita teliti kenyataan Muhyiddin sekitar November 2022 sejurus selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berkata tidak salah ahli UMNO menyokong beliau jadi Perdana Menteri.

\”Jadi saya lihat Muhyiddin adalah seorang hipokrit yang telah lupa apa dia cakap sama ada dalam Parlimen atau sejurus selepas PRU15,\” katanya.

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...