Home Nasional Malaysia kutuk serangan rejim Israel di kem pelarian Al-Mawasi
Nasional

Malaysia kutuk serangan rejim Israel di kem pelarian Al-Mawasi

Malaysia kutuk serangan rejim Israel di kem pelarian Al-Mawasi

Serangan terbaharu rejim Israel mengorbankan lebih 70 nyawa manakala 289 lagi cedera termasuk golongan wanita dan kanak-kanak/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh rejim Israel yang menyasarkan rakyat Palestin, termasuk serangan udara di kem pelarian Al-Mawasi semalam.

Kementerian Luar menerusi kenyataan hari ini berkata, serangan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di zon selamat yang telah ditetapkan oleh Israel untuk rakyat Palestin.

\”Ini jelas merupakan suatu pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia.

\”Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa,\” katanya.

Tambahnya, Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan serta kekejaman berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis.

\”Keganasan berterusan ini secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 (2024), yang menyeru untuk menghentikan segera peperangan, melindungi penduduk awam dan memberi akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di Gaza,\” katanya.

Kementerian Luar turut meminta masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi mengakhiri keganasan berkenaan serta menuntut pemimpin Israel untuk bertanggungjawab ke atas jenayah yang tidak berperikemanusiaan itu.

Semalam, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan serangan itu mengorbankan lebih 70 terkorban manakala 289 lagi cedera termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....