Home Nasional Lelaki maut tergelincir, jatuh laut ketika memancing
Nasional

Lelaki maut tergelincir, jatuh laut ketika memancing

Lelaki maut tergelincir, jatuh laut ketika memancing

FOTO PDRM

SEPANG, 14 Julai- Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut ketika memancing ditemukan terapung berhampiran muara Bagan Lalang di sini oleh nelayan semalam.

Ketua Polis Daerah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 5.16 petang.

\”Pada pukul 5.15 petang sepasukan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang menjalankan operasi menyelamat dan mayat mangsa ditemukan pada pukul 6.00 petang.

\”Mayat mangsa ditemukan terapung berhampiran muara Bagan Lalang oleh nelayan yang melalui kawasan tersebut,\” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, pengesahan kematian mangsa berusia 27 tahun itu dibuat oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada pukul 6.20 petang.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk proses bedah siasat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....