Home Nasional TPM mahu transformasikan pelajar tahfiz
Nasional

TPM mahu transformasikan pelajar tahfiz

TPM mahu transformasikan pelajar tahfiz

Foto BERNAMA

SERDANG, 14 Julai- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan hasratnya untuk lebih memberi penekanan terhadap keseimbangan kepakaran ilmu dunia dan akhirat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berazam untuk melakukan transformasi dalam kalangan pelajar tahfiz di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) supaya turut menjadi pakar dalam bidang profesional termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

\”Ini kita telah mulakan umpamanya terdapat 17 maahad tahfiz, di mana kerjasama dengan majlis TVET.

\”..Anak-anak ini telah dimasukkan ke Universiti Kuala Lumpur yang juga telah diletakkan di bawah KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) melalui MARA dan terdapat huffaz ini yang kini telah melalui kursus TVET dalam bidang penerbangan..17 daripada mereka telah menjadi jurutera di dalam bidang penerbangan,\” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF), Anugerah Masjid Contoh (AMC) dan Anugerah Tokoh Imam FELDA (ATIF) sempena Hari Peneroka FELDA di sini.

Tambah Ahmad Zahid, beliau juga bakal memberi tumpuan terhadap mewujudkan program Pra Tahfiz dengan penglibatan Tabika KEMAS di bawah seliaan FELDA.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pihak bertanggungjawab perlu bekerjasama dalam memperkukuh dan komited dalam pelaksanaan transformasi FELDA.

Beliau berkata, usaha itu penting selaras dengan objektif penubuhan FELDA.

\”Komitmen yang amat berhormat Perdana Menteri dengan serius melihat soal-soal yang dihadapi sekarang ini adalah merupakan satu transformasi secara senyap pada peringkat awalnya.

\”..Perkara-perkara ini akan lebih mudah dilakukan apabila ada kerjasama di antara pihak pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai, dan di antara pengurus-pengurus di peringkat rancangan,\” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Hari Peneroka FELDA akan digabungkan tahun depan.

\”Ditambah dengan dukungan daripada FELDA, daripada peneroka generasi pertama hingga ke generasi kelima..insya-Allah target kita, matlamat kita, insyaallah Hari Peneroka FELDA tahun hadapan kita berhasrat untuk mendapat dua juta pengunjung pada hari itu,\” kata Ahmad Zahid.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....