Home Nasional Operasi ladang, warga FELDA sambut baik pengumuman bantuan tambahan diesel
Nasional

Operasi ladang, warga FELDA sambut baik pengumuman bantuan tambahan diesel

Operasi ladang, warga FELDA sambut baik pengumuman bantuan tambahan diesel

Peneroka FELDA, Samigin Wahid

SERDANG, 14 Julai– Warga peneroka FELDA menyambut baik pengumuman peruntukan subsidi tambahan berjumlah RM100 juta bagi menampung pengoperasian ladang susulan penyasaran subsidi diesel.

Golongan itu menyifatkan inisiatif berkenaan dapat memberi manfaat kepada warga peneroka sekali gus memastikan pendapatan mereka tidak terjejas.

\”Itu memang baguslah. Kalau minyak naik harga, kami memang akan terkesanlah dan kebanyakan kami di FELDA ini banyak menggunakan pengangkutan itu. Maka, ada pemandu-pemandu ini turut menaikkan harga mereka. Contohnya daripada RM40 kepada RM60. Dengan pengumuman ini, ia sangat membantu sangatlah,\” kata Samigin Wahid.

\”Itu satu inisiatif yang baik untuk semua warga FELDA kerana dengan subsidi itu dapat mengurangkan banyak perkara. Banyak aspek yang kita boleh kurangkan termasuk daripada segi perbelanjaan dan kegunaan kewangan kita,\” Muhammad Azwan Wahid.

\”Warga FELDA sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana banyak bagi sumbangan. Maknanya, dengan subsidi itu dia membantu kami punya pergerakan di kampung selain membantu menjana pendapatan komuniti setempat,\” kata Masriani Othman.

Sementara itu, peruntukan berjumal RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan FELDA dilihat berupaya merancakkan aktiviti ekonomi peringkat komuniti.

Menerusi peruntukan tersebut, ia akan memberi impak postitif kepada sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan.

\”Syukur alhamdulillah. Kepada semua belia dan masyarakat FELDA, saya harap dengan bantuan ini dapat menambah baik kehidupan peneroka di sini,\” kata Khalid Ibnu Yazid Abd Gapar.

\”Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peruntukan yang diberikan. Sangat memberi manfaat kepada kami warga FELDA dan khususnya semua lapisan masyarakat,\” luah Afif Iqbal Hairunisak.

Related Articles

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand
Nasional

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan mesyuarat bersama pemain industri...

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS
Nasional

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS

Datuk Seri Dr Dzulkefly AhmadPUTRAJAYA, 17 April- Lebih 31,000 bakal jemaah haji...

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT
Nasional

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Pusat Pungutan Zakat...

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember
Nasional

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) meluangkan masa melawat...