Home Nasional Festival Boria P.Pinang, raih pulangan pelaburan lebih setengah juta ringgit
Nasional

Festival Boria P.Pinang, raih pulangan pelaburan lebih setengah juta ringgit

Festival Boria P.Pinang, raih pulangan pelaburan lebih setengah juta ringgit

Foto FB JKKN Pulau Pinang

SEBERANG JAYA, 14 Julai– Lebih RM500,000 pulangan pelaburan (ROI) dihasilkan menerusi penganjuran tiga hari Festival Boria Pulau Pinang.

Jumlah itu melibatkan nilai tempahan hotel dan jualan produk seperti kraftangan tempatan serta jualan makanan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Mohd Yusri Mohd Yusoff berkata kali ini pihaknya menggabungkan festival boria dan kraftangan.

Usaha itu penting bagi memberi impak positif kepada hasil jualan kraf selain dapat menarik lebih ramai pengunjung sekali gus memberi pendedahan berkenaan seni itu kepada orang ramai.

\”Ia melibatkan banyak jualan kraf, limpahan daripada pengusaha-pengusaha diluar, peniaga trak makanan, hotel dan sebagainya. Pulangan itu kita kira lebih kurang RM500,000 atau mungkin lebih lagi.\”

\”Bukan masyarakat Pulau Pinang sahaja yang dapat limpahan dan nikmat ini, sebaliknya ia menyeluruh kepada komuniti,\” kata Mohd Yusri kepada pemberita, di sini hari ini.

Program itu menampilkan seramai 210 peserta bagi kategori cilik dan kategori terbuka.

Pengunjung yang hadir juga turut berpeluang menikmati persembahan dari 11 kumpulan boria dari Pulau Pinang.

\”Memang penting untuk kita bagi generasi muda berkenaan dengan boria ini,\” kata Zabidah Illias.

\”Program sebegini penting supaya boleh memelihara warisan negara. Saya rasa ramai orang tidak tahu pertandingan seperti ini. Maka, kalau diadakan acara ini, ia membantu untuk ramai lagi yang ketahui berkenaan boria,\” kata Nuraisya Hazira kepada pemberita.

\”Boria ini sangat penting sebab dari dulu lagi sudah ada dan telah diiktiraf di Pulau Pinang,\” kata Muhamad Hakheem Muhamed Paud.

Related Articles

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand
Nasional

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan mesyuarat bersama pemain industri...

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS
Nasional

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS

Datuk Seri Dr Dzulkefly AhmadPUTRAJAYA, 17 April- Lebih 31,000 bakal jemaah haji...

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT
Nasional

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Pusat Pungutan Zakat...

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember
Nasional

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) meluangkan masa melawat...