Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional Tindakan tegas terhadap individu lontar komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem – Fahmi
Nasional

Tindakan tegas terhadap individu lontar komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem – Fahmi

Tindakan tegas terhadap individu lontar komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem – Fahmi

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 15 Julai- Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melontarkan komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

Katanya, masyarakat berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat, namun perlu sentiasa menjaga adab dan tidak melanggar undang-undang.

\”Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarah mengambil tindakan tegas selaras titah Yang di-Pertuan Agong… untuk memastikan media sosial tidak menjadi tempat menyebar perkara tanpa rasa segan silu atau merasa mereka tidak boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang negara kita.

\”Saya juga telah berhubung dengan Jabatan Peguam Negara dan Polis DirajaMalaysia(PDRM) untuk meneliti perkara ini,\” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Fahmi turut mendedahkan terdapat penyebaran kenyataan tidak bermoral dan bersifat jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

\”Dalam sehari dua ini.. di Amerika Syarikat ada percubaan pembunuhan terhadap mantan presiden Donald Trump… saya kesal kerana tersebar dalam WhatsApp kenyataan yang sangat tidak bermoral dan bersifat jenayah

\”Ada kata yang patut ditembak bukan hanya di sana, (mereka) beri bayangan threat of violence. Ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap perdana menteri. Berbeza pandangan tidak apa, tetapi jangan terlalu ekstrem, ini keterlaluan,\” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau akan bertemu ketua-ketua editor dalam masa terdekat susulan komen bersifat ekstrem ditulis dalam berita yang dimuat naik di platform media sosial masing-masing.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...