Home Nasional Pindaan RUU 355 perlu dilaksana secara teliti – Anwar
Nasional

Pindaan RUU 355 perlu dilaksana secara teliti – Anwar

Pindaan RUU 355 perlu dilaksana secara teliti – Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 15 Julai- Sebarang pindaaan kepada Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) perlu dilaksana secara teliti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia perlu dilakukan dengan mengambil kira pandangan semua pihak sama ada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, selain pakar undang-undang antarabangsa.

Jelas Anwar, kerangka awal RUU akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Ogos ini.

\”Insya-Allah Ogos ini, kita bentangkan.. namun,berdasarkan perbincangan saya dengan Sultan Perak, sebaiknya diangkat kepada peringkat antarabangsa.. rujuk semula sebelum dirujuk kepada Jabatan peguam negara dan kemudian kepada sidang Majlis Raja-Raja Melayu terutama dalam soalIslam dan adat, kewarganegaraan serta hal-hal tertentu itu.. iamesti mendapat kelulusan daripada Majlis Raja-Raja, kata Anwar ketika merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di sini.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh.

BERITA BERKAITAN:

  • RUU 355 akan dibentang dalam masa terdekat
  • RUU 355 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....