Home Nasional KEDA komited bantu negara realisasikan Dasar Keterjaminan Makanan 2021-2025
Nasional

KEDA komited bantu negara realisasikan Dasar Keterjaminan Makanan 2021-2025

KEDA komited bantu negara realisasikan Dasar Keterjaminan Makanan 2021-2025

Foto RTM

ALOR SETAR, 15 Julai-Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terlibat secara aktif dalam membantu memastikan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 dapat dilaksanakan.

Tahun ini, KEDA memperuntukkan sebanyak RM3.37 juta bagi membantu negeri Kedah dalam memastikan keterjaminan makanan.

Ia menerusi dua projek iaitu Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB) dan Projek Pembangunan Sawah di kawasan wilayah KEDA.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata dibawah PPLB, sebanyak RM10 juta diperuntuk bagi tempoh lima tahun, bagi membantu peserta pertanian meningkatkan pendapatan dan membantu dalam pengeluaran makanan dan mengurangkan import.

Komponen merangkumi input pertanian, peralatan dan mesin pertanian dan industri asas tani, kemudahan infrastruktur, membaik pulih dan menaik taraf tanah-tanah terbiar.

Sasaran 175 ekar tanah melibatkan 115 usahawan tani.

Selain itu, 125 ekar sawah, lima kilometer sistem perparitan dan 7.5 kilometer jalan pertanian dipulihkan bawah Projek Pembangunan Sawah bagi mengoptimumkan pengeluaran padi.

\”Kita akan cuba meningkatkan pengeluaran padi bagi negeri Kedah dan kita telah mengenal pasti 4,942 ekar tanah terbiar di seluruh kawasan KEDA.\”

\”Kita nak pastikan juga padi ini dapat diusahakan di kawasan berkenaan. Selain itu, kita juga memfokuskan tanaman-tanaman lain seperti nenas, cili dan buah-buahan,\” kata Datuk Rubiah kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Timbalan Menteri KKDW bersama warga KEDA di ibu pejabat KEDA, hari ini.

Lawatan kerja selama tiga hari beliau bertujuan meninjau perkembangan projek-projek yang dilaksanakan KEDA bagi membantu meningkatkan sosioekonomi setempat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....