Home Nasional Subsidi mekanisme ICPT disalur kepada pengguna domestik dan bukan domestik
Nasional

Subsidi mekanisme ICPT disalur kepada pengguna domestik dan bukan domestik

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.14 bilion tahun lalu menerusi mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) manakala RM16.52 bilion dibelanjakan tahun 2022 sebagai subsidi mekanisme itu.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, subsidi tersebut disalur kepada pengguna domestik dan bukan domestik termasuk sektor pembuatan, pemprosesan makanan dan minuman.

\”Kerajaan pada tahun 2023 telah membuat keputusan untuk melaksanakan pemberian subsidi elektrik secara bersasar, yang mana subsidi elektrik masih diberikan sehingga kini kepada pengguna bukan domestik.

\”…dalam kategori tarif voltan rendah, pertanian spesifik serta operator air dan pembetungan yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel-bengkel kecil, petani, penternak, pekebun dan lain-lain seumpamanya,\” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun di Parlimen berkenaan kenaikan tarif elektrik akan mengakibatkan industri yang bergantung kepada penggunaan eletrik yang tinggi seperti sektor pembuatan, pemprosesan makanan dan minuman akan terjejas dari segi pendapatan dan apakah solusi Kementerian bagi membantu industri tersebut.

Dalam pada itu,semua pengguna komersial dan industri di Semenanjung akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen/kWj bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Ia melibatkan peruntukan subsidi berjumlah RM871 juta.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....