Friday , 20 September 2024
Home Nasional Kerajaan MADANI komited tuntut keadilan buat mangsa MH17
Nasional

Kerajaan MADANI komited tuntut keadilan buat mangsa MH17

Kerajaan MADANI komited tuntut keadilan buat mangsa MH17

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kerajaan MADANI memberi jaminan untuk terus komited menuntut keadilan bagi 298 mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas akibat ditembak kumpulan pengganas di Ukraine.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Malaysia bersama beberapa negara lain yang terbabit akan meneruskan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa.

“Memang daripada segi tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa akan diteruskan dan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara terlibat,\”katanya pada sidang media Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) di sini.

Pada 14 Julai 2014, pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia di timur Ukraine, ketika ia dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Kesemua 298 penumpang di dalam pesawat itu meninggal dunia.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...