Home Nasional Nasihat PM perlu dilihat dalam konteks positif – Fadhlina
Nasional

Nasihat PM perlu dilihat dalam konteks positif – Fadhlina

Nasihat PM perlu dilihat dalam konteks positif – Fadhlina

Foto BERNAMA

REMBAU, 15 Julai- Warga pendidik perlu melihat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan displin dan prestasi perkhidmatan mereka dalam konteks positif, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata ini kerana kenyataan Perdana Menteri itu lebih kepada motivasi kepada seluruh warga pendidik, sekali gus dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

Fadhlina berkata walaupun mungkin terdapat sebilangan kecil yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka, namun Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan jaminan bahawa warga pendidik di Malaysia cukup terlatih dan komited dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

“Secara keseluruhannya KPM memberikan jaminan guru-guru yang terlatih, cukup komited dan memberikan tumpuan sepenuhnya jiwa raga mereka untuk pendidikan negara.

“Apatah lagi kita sedang melangkah ke agenda penting berkaitan dengan kurikulum baharu 2027, termasuklah pelan pembangunan pendidikan 2025 dan sekarang ini sedang membina pelan pendidikan yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan projek naik taraf Kolej Vokasional Dato\’ Lela Maharaja di sini hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan sebagai berkata kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara time-based, namun kemudahan itu akan dibatalkan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....