Home Nasional Polis cari lelaki hilang sejak 26 Jun lalu
Nasional

Polis cari lelaki hilang sejak 26 Jun lalu

Polis cari lelaki hilang sejak 26 Jun lalu

dilaporkan keluar dari rumah ke surau berhampiran rumahnya di Kampung Lama Belat Batu 26 Jun lalu

ARAU, 16 Julai– Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau meminta orang ramai membantu mengesan seorang lelaki, Makhzani Mohd Nasir berusia 33 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 21 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Penguasa Polis (SP) Ahmad Mohsin Md Rozi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa dari bapa mangsa pada 27 Jun lepas.

Lelaki itu dilaporkan keluar dari rumah ke surau berhampiran rumahnya di Kampung Lama Belat Batu, namun tidak pulang sejak hari kejadian.

Ahmad Mohsin menjelaskan, lelaki berkenaan berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 179 sentimeter, berat badan sekitar 83 kilogram dan ketika ke surau memakai baju berwarna maroon dan berseluar hijau gelap serta menunggang motosikal bernombor ALT 7745.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau menerusi talian 04-986 1222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di talian 04-987 2222.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....