Home Nasional Jalan Sultan Ismail kembali kepada jalan sehala
Nasional

Jalan Sultan Ismail kembali kepada jalan sehala

Jalan Sultan Ismail kembali kepada jalan sehala

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) memutuskan untuk mengembalikan Jalan Sultan Ismail iaitu dari persimpangan Jalan Raja Chulan ke persimpangan Jalan Bukit Bintang kepada jalan sehala mulai 12.01 tengah malam, 22 Julai ini.

Menurut DBKL perubahan lalu lintas itu dibuat selepas mengambil kira kajian dan aduan semasa pelaksanaan uji cuba bermula pada 1 Mei lepas sehingga kini yang melibatkan Jalan Sultan Ismail.

“JKMKKJR sentiasa komited dalam menangani isu kesesakan jalan raya terutamanya di Kuala Lumpur.

“Dengan mengembalikan Jalan Sultan Ismail kepada aliran asal (sehala), adalah diharap aliran lalu lintas akan kembali stabil khususnya di kawasan sekitar,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini,perubahan laluan berkenaan dibuat ekoran jalan yang disediakan sejak 18 tahun lalu dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....