Friday , 20 September 2024
Home Nasional Polis cari lelaki hilang sejak 27 Jun
Nasional

Polis cari lelaki hilang sejak 27 Jun

Polis cari lelaki hilang sejak 27 Jun

Makhzani Mohd Nasir, 33, dilaporkan hilang oleh bapanya sejak 27 Jun lepas

ARAU, 16 Julai- Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang lelaki berusia 33 tahun yang dilaporkan hilang oleh bapanya di daerah sini sejak 19 hari lepas.

Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis (SP) Ahmad Mohsin Md Rozi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Makhzani Mohd Nasir pada 27 Jun lepas.

Lelaki itu dilapor keluar daripada rumah untuk ke surau berhampiran di Kampung Lama Belat Batu, namun tidak pulang sejak hari kejadian.

Ahmad Mohsin menjelaskan, Makhzani Mohd Nasir berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 179 sentimeter dan berat badan sekitar 83 kilogram.

Dia ketika ke surau memakai baju berwarna \’maroon\’, berseluar hijau gelap serta menunggang motosikal bernombor pendaftaran ALT 7745.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau menerusi talian 04-986 1222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di talian 04-987 2222.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...