Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional Kenaikan harga barang terkawal selepas penyasaran subsidi diesel – Fuziah
Nasional

Kenaikan harga barang terkawal selepas penyasaran subsidi diesel – Fuziah

Kenaikan harga barang terkawal selepas penyasaran subsidi diesel – Fuziah

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 16 Julai-Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh memaklumkan tidak berlaku penurunan dan peningkatan harga barangan luar biasa selepas penyasaran subsidi diesel dilaksana.

Ujar Fuziah, ini hasil pemantauan dibuat penguatkuasa KPDN ke atas premis-premis untuk memastikan tiada pencatutan harga barangan berlaku.

\”Kita gunakan Ops kesan, penguat kuasa laksanakan 14,195 pemeriksaan ke atas premis-premis bagi memastikan tiada pencatutan.

\”Bahagian harga barang negara turut pantau 418 jenis barang keperluan harian. Kita meneliti setiap hari tiada turun naik harga barangan luar biasa. Turun naik harga barangan biasa bukan disebabkan subsidi diesel\”, kata Fuziah demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berhubung impak subsidi diesel terhadap harga barangan dan kos sara hidup.

Mengulas lanjut Fuziah turut memaklumkan, sebanyak 78 peratus penurunan kes ketirisan diesel direkodkan setelah 20 hari penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

Sementara 87 peratus penurunan direkodkan berkaitan kes rampasan diesel.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...