Home Nasional Cadangan pinda Kanun Keseksaan wujud peruntukan kesalahan buli siber dipertimbang
Nasional

Cadangan pinda Kanun Keseksaan wujud peruntukan kesalahan buli siber dipertimbang

Cadangan pinda Kanun Keseksaan wujud peruntukan kesalahan buli siber dipertimbang

Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kerajaan sedang mempertimbangkan pindaan kepada Kanun Keseksaan untuk mewujudkan peruntukan spesifik bagi kesalahan buli siber.

Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pindaan ini akan memberi tafsiran kepada terma \’buli siber\’ dan mengklasifikasikan perbuatan tersebut sebagai kesalahan khusus di Malaysia.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) juga akan meneliti pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah untuk memastikan jenayah buli siber dapat dikuatkuasakan dengan efektif.

Selain itu, kerajaan sedang memperhalusi dasar bagi penggubalan rang undang-undang baharu.

Ia untuk meningkatkan kebertanggungjawaban penyedia perkhidmatan dalam talian mengenai keselamatan dalam talian, khususnya kandungan yang memudaratkan kanak-kanak dan buli siber.

BHEUU, JPM, dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital, akan melaksanakan sesi libat urus yang menyeluruh bagi memastikan cadangan pindaan adalah berkesan dan memenuhi keperluan negara.

Terdahulu, seorang pempengaruh ditemukan meninggal dunia didakwa menjadi mangsa buli siber pada 5 Julai lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....