Sunday , 22 December 2024
Home Nasional MARA teroka potensi industri halal global menerusi GTG
Nasional

MARA teroka potensi industri halal global menerusi GTG

MARA teroka potensi industri halal global menerusi GTG

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Majlis Amanah Rakyat (MARA) diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas direkodkan 7.9 peratus, dengan jumlah eksport produk halal mencecah RM53.72 billion.

\”Saya amat yakin MARA sendiri boleh memainkan peranan Gate to Global (GTG) jika dari tahun 2020 sehingga hari ini jumlah RM400 juta jumlah jualan telah disumbangkan kepada KDNK negara melalui syarikat GTG dan saya cabar MARA untuk menggandakan nilai ini,\” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini.

Program GTG yang dilaksanakan MARA sejak 2017 bertujuan meningkatkan keupayaan usahawan dalam aspek pembangunan produk, pengukuhan penjenamaan dan pemasaran strategik yang dapat membawa produk tempatan ke pasaran dunia.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...