Home Nasional Persempadanan negara, Malaysia tandatangan 33 perjanjian sempadan darat
Nasional

Persempadanan negara, Malaysia tandatangan 33 perjanjian sempadan darat

Persempadanan negara, Malaysia tandatangan 33 perjanjian sempadan darat

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Malaysia telah menandatangani 33 perjanjian Persempadanan Darat dan sembilan Triti Persempadanan Maritim dengan negara jiran.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagi persempadanan darat melibatkan Malaysia dan Indonesia, jarak sempadan yang telah dimuktamadkan sepanjang 1,943.2 kilometer (km).

Manakala yang terbaharu bagi persempadanan maritim, kedua-dua negara telah memeterai Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi pada 8 Jun 2023 di Putrajaya.

\”Bagi persempadanan darat yang melibatkan Malaysia dan Brunei Darussalam yang meliputi jarak sempadan sepanjang 528.45km, kedua-dua negara sedang dalam proses rundingan bagi memuktamadkan sebarang Perjanjian.

\”Buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah berjaya dilaksanakan oleh kedua-dua negara yang meliputi jarak sepanjang 175.96km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jaraknya,\” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil Lawas, Datuk Henry Sum Agong mengenai usaha kerajaan dalam menentukan garisan sempadan darat dan maritim di antara Malaysia, Brunei dan Indonesia pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...