Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional JENDELA: Tindakan tegas bakal dikenakan terhadap kontraktor
Nasional

JENDELA: Tindakan tegas bakal dikenakan terhadap kontraktor

JENDELA: Tindakan tegas bakal dikenakan terhadap kontraktor

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 16 Julai– Tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor yang tidak mencapai tahap memuaskan bagi pembinaan menara telekomunikasi Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ia melibatkan projek pembinaan menara di Sabah yang tidak mengikut perancangan ditetapkan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata setakat ini hanya 294 menara siap dibina berbanding 651 menara yang dijangka siap.

\”Tidak dapat dinafikan, prestasi kontraktor kurang memuaskan. Oleh sebab itu, beberapa tindakan sedang dipertimbang termasuk mengenakan liquidated damages (LD), mengambil Performance Bond mereka.

\”Selain dari itu, penolakan tuntutan, tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588\”, katanya pada sesi Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin mengenai langkah pemantauan terhadap kontraktor terlibat dengan pelaksanaan projek JENDELA.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...