Home Nasional PAC akan memanggil pengurusan HRD Corp
Nasional

PAC akan memanggil pengurusan HRD Corp

PAC akan memanggil pengurusan HRD Corp

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR, 16 Julai– Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Ia bertujuan mendapatkan laporan tindakan susulan terhadap syor yang dikemukakan.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya perlu memberi masa selama tiga bulan sebelum meneliti laporan itu untuk tindakan susulan.

\”Saya mewakili PAC ingin menyatakan mengenai betapa pentingnya laporan-laporan PAC yang telah dibentangkan perlu dibahaskan.

\”Laporan-laporan PAC boleh dibahaskan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 14(1)(l) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

\”Perbahasan laporan-laporan PAC membolehkan rakyat mengetahui perkara-perkara yang telah disiasat oleh PAC sekali gus memberikan peluang kepada ahli-ahli parlimen untuk lebih memahami isu-isu yang dilaporkan dengan lebih mendalam\”, katanya dalam sidang media di Parlimen.

Mengulas lanjut, PAC akan melaksanakan prosiding bagi empat isu dibangkitkan melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 bermula bulan ini hingga 1 Ogos depan.

Ia membabitkan prosiding Pengurusan Air Negara di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Ia juga melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 29 Julai ini.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...