Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional JENDELA: 11 menara telekomunikasi bakal dibina di Melaka
Nasional

JENDELA: 11 menara telekomunikasi bakal dibina di Melaka

JENDELA: 11 menara telekomunikasi bakal dibina di Melaka

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan

ASAHAN, 16 Julai– Sebanyak 11 menara telekomunikasi akan dibina di Melaka menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2 yang bermula pada awal tahun ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pelan itu yang menyasarkan 100 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk juga dijangka akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025.

Selain itu, terdapat beberapa lokasi titik buta liputan yang memerlukan penambahbaikan akan terus dipantau bagi memastikan capaian terbaik di negeri pelancongan itu.

\”Sudah pastinya, kawasan luar bandar menjadi keutamaan, sebab matlamat kita di mana ada jalan, di situ ada internet, jalan-jalan utama. Jadi, selain itu kawasan-kawasan pelancongan dan kesemua kawasan ini, 10 telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hasil daripada aduan, hasil daripada yang dibangkitkan, mungkin daripada wakil rakyat dan ketua kampung\”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Ujian Panggilan Suara dan Kualiti Internet Sekitar Negeri Melaka di Asahan.

Dalam pada itu, sebanyak 10 ujian akan dilaksanakan di negeri itu yang memfokuskan kawasan luar bandar dan penambahbaikan liputan di lokasi pelancongan.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...